Tuesday, 6 October 2015

Nasi Goreng Kampung Asli



RESEPI NASI GORENG KAMPUNG 1


Bahan-bahan:

3 cawan nasi

1 genggam ikan bilis (separuh bahagian goreng garing dahulu)

5 biji cili padi

1/2 ikat kangkung

Garam

1/4 biji bawang besar saiz kecil

1 biji bawang putih


Cara-caranya:

1.     Tumbuk halus bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili padi hingga lumat, kalau

takde lesung batu, boleh cincang halus je. 
 

2.     Tumis bahan tadi sehingga naik bau dan kemudian masukkan nasi dan kangkung tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam, bila semua dah sebati dan kangkung sudah layu baru masukkan ikan bilis goreng, kacau sebentar dan terus angkat, sedap dimakan panas-panas. Selamat Mencuba.



RESEPI NASI GORENG KAMPUNG 2

Bahan-Bahan:



Bahan A
1 sudu besar garam
7 biji bawang merah (bawang kecil)
5 biji bawang putih
Segenggam ikan bilis
7 biji cili api (atau lebih kalau suka pedas)

Bahan B
5 senduk nasi yang sudah dimasak, berderai
3 sudu besar minyak masak
Sayur kangkung (daun dan batang) dipotong 3cm
5 helai daun kesum dihiris halus (kalau takde, takpe)
Bawang goreng (kalau takde, takpe)
5 sudu besar air masak.
Limau nipis atau limau kecil (yang selalu makan ngan asam boi)

Cara-caranya:

1.      Tumbuk semua Bahan A, jangan terlalu lumat. Pakai cara tradisional (lesung batu) lagi sedap. Jangan letak air semasa menumbuk, sekadar baki air basuhan ikan bilis dan bawang yang melekat pada bahan-bahan tersebut, kira ok.



2.      Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi hingga bawang menjadi kekuningan dan naik bau. Api sederhana sahaja.



3.      Bila dah naik bau, letak air sebanyak 5 sudu dan masukkan sayur (kangkung) yang telah dipotong-potong tadi (masukkan batang sayur dahulu supaya cepat empuk). Masak selama 1 minit lagi.



4.      Kecilkan api sikit, masukkan nasi yang dah dimasak ke dalam kuali dan gaul hingga rata.



Cadangan Hidangan:
Hidangan untuk 4 orang.
Taburkan bawang goreng dan daun kesum yang dihiris halus tadi.
Perahkan limau nipis/kecil secukup rasa ke atas nasi goreng yang telah siap.
Boleh makan dengan kicap kalau suka @ kalau kurang masin :)

Tambahan:
           Cara-cara memasak kena ikut betul-betul supaya nasi goreng kampung anda menjadi dan
           sedap.

No comments:

Post a Comment