RESEPI NASI
GORENG KAMPUNG 1
Bahan-bahan:
3 cawan nasi
1 genggam ikan bilis (separuh bahagian goreng garing dahulu)
5 biji cili padi
1/2 ikat kangkung
Garam
1/4 biji bawang besar saiz kecil
1 biji bawang putih
Cara-caranya:
1. Tumbuk
halus bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili padi hingga lumat, kalau
takde lesung batu, boleh
cincang halus je.
2. Tumis
bahan tadi sehingga naik bau dan kemudian masukkan nasi dan kangkung tadi,
sesuaikan rasa, masukkan garam, bila semua dah sebati dan kangkung sudah layu
baru masukkan ikan bilis goreng, kacau sebentar dan terus angkat, sedap dimakan
panas-panas. Selamat Mencuba.
RESEPI NASI
GORENG KAMPUNG 2
Bahan-Bahan:
Bahan A
1 sudu besar garam
7 biji bawang merah (bawang kecil)
5 biji bawang putih
Segenggam ikan bilis
7 biji cili api (atau lebih kalau suka pedas)
Bahan B
5 senduk nasi yang sudah dimasak, berderai
3 sudu besar minyak masak
Sayur kangkung (daun dan batang) dipotong 3cm
5 helai daun kesum dihiris halus (kalau takde, takpe)
Bawang goreng (kalau takde, takpe)
5 sudu besar air masak.
Limau nipis atau limau kecil (yang selalu makan ngan asam boi)
Cara-caranya:
1. Tumbuk
semua Bahan A, jangan terlalu lumat. Pakai cara tradisional (lesung batu) lagi sedap.
Jangan letak air semasa menumbuk, sekadar baki air basuhan ikan bilis dan
bawang yang melekat pada bahan-bahan tersebut, kira ok.
2. Panaskan
minyak, tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi hingga bawang menjadi
kekuningan dan naik bau. Api sederhana sahaja.
3. Bila
dah naik bau, letak air sebanyak 5 sudu dan masukkan sayur (kangkung) yang
telah dipotong-potong tadi (masukkan batang sayur dahulu supaya cepat empuk).
Masak selama 1 minit lagi.
4.
Kecilkan
api sikit, masukkan nasi yang dah dimasak ke dalam kuali dan gaul hingga rata.
Cadangan
Hidangan:
Hidangan untuk 4 orang.
Taburkan bawang goreng dan daun kesum yang dihiris halus tadi.
Perahkan limau nipis/kecil secukup rasa ke atas nasi goreng yang telah
siap.
Boleh makan dengan kicap kalau suka @ kalau kurang masin :)
Tambahan:
Cara-cara memasak
kena ikut betul-betul supaya nasi goreng kampung anda menjadi dan
sedap.